Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu
- R-DL/141/7/0065 (MQA/FA7963) 12/26
- 6 Semesters / 2 Years 0 Months
- EPF Withdrawal Available
Overview
Program Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu (SPBM) menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan Bahasa Melayu yang kini terarah kepada pendekatan interdisiplin (penghapusan sempadan dalam disiplin konvensional) dan multidisiplin (kajian tentang dua atau lebih disiplin konvensional secara serentak). Kurikulum SPBM dirangka untuk membuka peluang yang lebih fleksibel kepada pelajar dalam meneroka dan memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, serta kecekapan pedagogi Bahasa Melayu, berasaskan kemajuan sofistikated dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
SPBM juga akan menyokong dan membimbing pelajar dalam merancang, melaksanakan, dan menilai penyelidikan pendidikan Bahasa Melayu, di samping meningkatkan kesedaran tentang isu-isu nasional dan antarabangsa. Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menilai pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran serta pembelajaran yang inovatif. Penawaran program SPBM adalah selari dengan misi OUM untuk memperluas akses pendidikan maya yang bersifat terbuka, fleksibel, dan berkualiti, serta mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat dengan kos yang kompetitif dan berpatutan.
Selain itu, SPBM dapat menyediakan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berkredibiliti, cekap, dan memiliki kompetensi lanjutan dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, program SPBM bertujuan untuk mendemokrasikan akses pendidikan secara global. Program ini disediakan untuk sebanyak mungkin pelajar yang memenuhi syarat kemasukan minimum, termasuk mereka yang tidak berpeluang mengikuti program serupa.
KOMPONEN | KOD & NAMA KURSUS | JAM KREDIT |
Kursus Wajib | HMML5103 Teori Linguistik dalam Pendidikan Bahasa Melayu | 3 |
HMML5414 Kaedah Penyelidikan dalam pendidikan Bahasa Melayu | 4 | |
HMML5343 Penulisan Akademik dalam Pendidikan Bahasa Melayu | 3 | |
Jumlah Kredit | 10 |
Â
KOMPONEN | KOD & NAMA KURSUS | JAM KREDIT |
Teras Displin/ Elektif | HMML5153 Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu | 3 |
HMML5143 Psikolinguistik dalam Pendidikan Bahasa Melayu | 3 | |
HMML5243 Semantik dan Pragmatik dalam Pendidikan Bahasa Melayu | 3 | |
HMML5253 Sosiolinguistik dalam Pendidikan Bahasa Melayu | 3 | |
HMML5263 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu | 3 | |
HMML5353 Pengujian dan Pentaksiran Pendidikan Bahasa Melayu | 3 | |
HMML5523 Kesarjanaan Pemikiran dalam Pendidikan Bahasa Melayu | 3 | |
HMML5533 Inovasi Pedagogi dalam Pendidikan Bahasa Melayu | 3 | |
Jumlah Kredit | 24 |
Â
KOMPONEN | KOD & NAMA KURSUS | JAM KREDIT |
Kertas Projek | HMML5516 Kertas Projek | 6 |
Jumlah Kredit | 6 | |
JUMLAH KESELURUHAN JAM KREDIT | 40 |
Â
Malaysian Learner Fees
Year 1 | RM4,500 (Sem 1) | RM4,500 (Sem 2) | RM4,500 (Sem 3) |
Year 2 | RM3,500 (Sem 4) | RM1,500 (Sem 5) | RM1,500 (Sem 6) |
TOTAL | RM20,000 |
---|
Discount for the Physically Challenged Learners (OKU) and Senior Citizens
* Fees applicable to Malaysians and Permanent Residents only.
* The University reserves the right to revise the fees without prior notice.
The University offers 50%Â discount for:
1. Senior citizens aged 60 and above on registration date; and
2. Physically challenged learners – a valid Orang Kelainan Upaya (OKU) is required.
The discounts are not valid for second time registration and repeating of subjects.
Learners who receive this discount are not entitled to other discounts and promotions.
Note
Processing fee:Â RM30
Financial options: | Payment Mode: |
EPF (Account 2); or | JomPAY |
Education or Personal Loan from commercial banks; or | Internet Banking |
HRDF (subject to employer’s eligibility); or | Debit/Credit Card. |
Â
* The University reserves the right to revise the fees without prior notice.
**LATEST UPDATE: 18 October 2024
Objektif Pendidikan Program (PEO)
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:
PEO 1 | Melahirkan pengamal pendidikan yang berpengetahuan tinggi dalam bidang Bahasa Melayu serta mahir dalam mengaplikasikan kemahiran praktikal, teknik numerikal dan teknologi digital dalam persekitaran pendidikan. |
PEO 2 | Melahirkan pengamal pendidikan yang berkemampuan untuk memimpin secara autonomi, berkomunikasi dan berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran dalam usaha membina amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang inovatif. |
PEO 3 | Melahirkan pengamal pendidikan Bahasa Melayu yang profesional, beretika dan berintegriti dalam persekitaran pendidikan. |
PEO 4 | Melahirkan pengamal pendidikan yang bersikap positif, berfikiran keusahawanan serta mengamalkan amalan terbaik dalam meningkatkan kerjaya dan profesionalisme. |
Hasil Pembelajaran Program (PLO)
Selepas tamat program ini, graduan akan dapat:
PLO 1 | Menganalisis dan mensintesis pengetahuan yang mendalam tentang pendidikan Bahasa Melayu secara kritikal berdasarkan dapatan penyelidikan berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi cabaran kurikulum yang dinamik. |
PLO 2 | Menilai dan menyelesaikan isu pendidikan Bahasa Melayu secara inovatif dengan mengaplikasikan pengetahuan serta teknik analitikal dan numerikal yang berkesan. |
PLO 3 | Menjalankan penyelidikan berasaskan bukti dengan menggunakan pelbagai teknik termasuk teknologi digital untuk mengukuhkan pengetahuan dan amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. |
PLO 4 | Mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan menunjukkan tanggungjawab serta autonomi dalam persekitaran pendidikan yang dinamik. |
PLO 5 | Melaksanakan tugas secara individu dan berkumpulan dengan mengaplikasikan kemahiran komunikasi dan interpersonal dalam pelbagai persekitaran pendidikan. |
PLO 6 | Mengamalkan profesionalisme dan etika dalam pengajaran dan penyelidikan untuk meningkatkan imej profesional secara berterusan. |
PLO 7 | Menunjukkan sikap positif dan pembelajaran sepanjang hayat dengan mengaplikasikan pemikiran keusahawanan untuk memajukan profesion pendidikan. |
Credit Award (APEL.C)
This programme applicable for Credit Award (APEL.C). More Info: https://apel.oum.edu.my/apel-c-credit-award/
Soalan lazim
1. | Adakah program ini diiktiraf oleh MQA? |
Ya, program ini telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), iaitu badan yang bertanggungjawab untuk menjamin kualiti pendidikan tinggi di Malaysia. | |
2. | Apakah objektif utama program Sarjana Pendidikan? |
Program Sarjana Pendidikan bertujuan untuk menyediakan pendidik dan profesional pendidikan dengan pengetahuan mendalam, kemahiran penyelidikan, serta kemahiran pedagogi yang lebih tinggi. Ia dirancang untuk memperkasakan individu dalam bidang pendidikan untuk menjadi pemimpin dalam pengajaran, penyelidikan, dan pembangunan kurikulum. | |
3. | Berapa lamakah tempoh pengajian Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu? |
Tempoh pengajian ialah 2 tahun (6 semester). | |
4. | Berapakah jumlah jam kredit? |
Jumlah jam kredit adalah 40 kredit. | |
5. | Apakah mod penyampaian program ini? |
 | Program ini menggunakan mod pembelajaran dalam talian. |
6. | Apakah syarat kemasukan program ini? |
 | Kemasukan Biasa
 Kemasukan APEL
 Syarat Tambahan
|
7. | Siapakah yang sesuai memohon program ini? |
 | Program ini sesuai untuk guru, pentadbir sekolah, penasihat pendidikan, dan sesiapa sahaja yang mempunyai minat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan. Ia juga sesuai bagi mereka yang bercita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam pendidikan. |
Do you have more questions?
Berikut adalah beberapa contoh jenis bidang kerjaya dan peluang kerjaya untuk graduan dengan Program Sarjana Bahasa Melayu:
Bidang Kerjaya | Peluang Kerjaya |
Pendidikan | 1.   Guru Bahasa Melayu 2.   Ketua Panitia Bahasa Melayu 3.   Pentadbir Pendidikan 4.   Pembangun Kurikulum Bahasa Melayu |
Pendidikan Tinggi | 1.   Pensyarah Bahasa Melayu 2.   Penyelidik Bahasa Melayu 3.   Pentadbir Pengajian Bahasa Melayu 4.   Pegawai Pendidikan Tinggi |
Perkhidmatan Awam | 1.   Pegawai Bahasa 2.   Pegawai Perancang Bahasa 3.   Editor Bahasa Melayu 4.   Penyelidik Bahasa dan Linguistik |
Teknologi Pendidikan | 1.   Pereka Pembelajaran Bahasa Melayu 2.   Pembangun Aplikasi Pembelajaran Bahasa Melayu 3.   Pengarah Teknologi Pendidikan Bahasa 4.   Editor Bahan Pendidikan Bahasa Melayu |
Penerbitan dan Media | 1.   Penulis Buku Teks dan Bahan Rujukan Bahasa Melayu 2.   Pembangun Kandungan Pendidikan untuk Media Massa 3.   Pakar Bahasa untuk Organisasi Penyiaran 4.   Penyunting Bahasa untuk Siaran |

The struggle to balance study and work gave me better insight into productivity and efficiency. I was able to apply the lessons learned to my occupation. My study at OUM was my progress in development. The encouragement and guidance from OUM gave me the platform and confidence to succeed in my studies. Today, my degree has given me generous employment recognition, added edge in promotion, and salary advances.

The struggle to balance study and work gave me better insight into productivity and efficiency. I was able to apply the lessons learned to my occupation. My study at OUM was my progress in development. The encouragement and guidance from OUM gave me the platform and confidence to succeed in my studies. Today, my degree has given me generous employment recognition, added edge in promotion, and salary advances.
Look for other programmes that you might be interested: