Tarikh permohonan dan Pengambilan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) OUM
Di OUM, pengambilan pelajar dibuka 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan yang dibuat telah melebihi tempoh pengambilan, maka permohonan anda akan diproses untuk pengambilan seterusnya. Kepada yang berminat untuk membuat permohonan boleh klik: MOHON PROGRAM PENGAJIAN PJJ DI OUM.
Cara Memohon Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) OUM
Anda yang ingin memohon melanjutkan pengajian di OUM, boleh terus berkunjung ke kampus utama atau mana-mana pusat pembelajaran OUM berhampiran di seluruh negara. Untuk menyemak senarai pusat pembelajaran, boleh klik : LOKASI PUSAT PEMBELAJARAN OUM (OUM LEARNING CENTRES).
Dokumen yang perlu dibawa bersama-sama ketika hadir untuk membuat permohonan adalah:
- Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (MyKad)
- Sijil asal dan salinan sijil akademik yang diiktiraf
- Surat asal dan salinan Surat Pengesahan Pekerjaan, jika dinyatakan dalam syarat kemasukan program
- 2 gambar berukuran pasport
Bagi yang mempunyai kekangan masa untuk hadir secara walk-in ke pusat pembelajaran OUM, anda boleh mengisi permohonan secara atas talian (permohonan online) dengan klik link berikut: PERMOHONAN ONLINE PROGRAM PJJ OUM.
Yuran Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) OUM (Semua Kursus Pengajian)
Pendidikan adalah pelaburan tetapi pada masa yang sama universiti perlu memastikan yuran pengajian yang dikenakan mampu untuk dibayar oleh semua golongan. Melalui penggunaan platform e-pembelajaran dan aplikasi dalam talian, OUM berjaya menawarkan program pengajian dengan yuran berpatutan sekaligus membantu pelajar melanjutkan pengajian dengan kualiti pendidikan yang terbaik.
Bagi program pengajian diploma, yuran pengajian adalah antara RM10,000 hingga RM12,000, Ijazah Sarjana Muda antara RM21,000 hingga RM29,000, Ijazah Sarjana antara RM15,000 hingga RM29,000 manakala PhD antara RM26,000 hingga RM44,000. Untuk menyemak senarai penuh yuran pengajian mengikut program yang ingin dipohon, boleh klik: SENARAI PROGRAM PENGAJIAN PJJ OUM. Kemudian, klik program pengajian untuk maklumat berkaitan yuran pengajian.
Bagi meringankan beban pelajar, OUM turut menyediakan pelbagai buasari dan potongan diskaun merangkumi berikut:
- Diskaun dan rebat diberikan apabila mendaftar.
- Diskaun 50% untuk keseluruhan program (Warga Emas dan OKU)
- Diskaun RM200 seorang (bagi mereka yang mendaftar dari keluarga yang sama)
- Diskaun istimewa untuk keseluruhan program yang dijalankan secara fully online (hanya untuk alumni, pasangan alumni dan anak alumni tanpa had bilangan orang mendaftar)
Selain itu, pelajar boleh mengeluarkan dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau memohon pinjaman di bawah Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pekerja atau syarikat yang layak juga boleh menuntut pembayaran balik dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia. OUM turut menyediakan kemudahan pembayaran fleksibel secara ansuran bulanan kepada pelajar OUM bagi membantu pelajar menguruskan komitmen kewangan semasa dengan lebih baik.
Pelbagai program menarik ditawarkan bermula daripada tahap diploma, ijazah dan kedoktoran. Kini, program Master in Data Science dan PhD in Early Childhood Education turut ditawarkan secara mod pembelajaran separuh masa dan talian sepenuhnya.
Antara program lain ialah Komunikasi, Pengajian Inggeris, Psikologi, Kaunseling, Sains Politik, Pengajian Islam, Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan, Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Sumber Manusia, Reka bentuk Media Digital, Sains Kejururawatan, Pengurusan Projek, Pengurusan Fasiliti, Pengurusan Kualiti, Pengurusan OSH, Pengurusan Pembuatan, Pendidikan, Pengajaran Lepasan Ijazah, TESL, Pendidikan Awal Kanak-kanak, dan Reka bentuk dan Teknologi Pengajaran. Kesemua program ini boleh dicapai di: SENARAI PROGRAM SEPARUH MASA OUM.
Hubungi wakil pemasaran kami di 03-78012000, WhatsApp 012-3039935 atau emel admission@oum.edu.my.